Loading...

Thursday, June 3, 2010

MURAI BATU (MB)


CIRI -CIRI


Bagi burung jantan dewasa sangat jelas untuk dikenalpasti kerana mempunyai bahagian tongkeng dan bulu penutup bahagian ekor di sebelah atas yang berwarna putih, serta mempunyai ekor yang panjang yang berwarna hitam. Bahagian kepala, atas dada dan atas badan berwarna hitam berkilat manakala lain-lain bahagian di bawah badan pula berwarna oren kemerahan pekat. Bagi burung betina dewasa pula, corak warna adalah serupa dengan burung jantan tetapi ia lebih berwarna kekelabuan gelap dengan bahagian bawah badan lebih pucat. Bahagian ekor juga lebih pendek. Bagi burung juvenil pula, bahagian tepi kepala dan bahagian atas badan adalah lebih pudar dan kecoklatan berbanding burung betina. Selain itu, terdapat jalur dan tompok yang berwarna kuning keorenan manakala tepi bulu-bulu di bahagian tongkeng dan bulu penutup bahagian atas ekor berwarna kecoklatan. Pada bahagian tekak dan dada berwarna kuning keorenan dengan tompok-tompok kelabu yang gelap.


SAIZ

Panjang keseluruhan spesies ini adalah di antara 21.5 - 28.0 sm. Berat 27.3 34.1 g.


MAKANAN

Serangga dan invertebrata.


HABITAT

Hutan tanah pamah dipterokap, hutan sekunder, kawasan buluh, hingga ke

ketinggian1,525 m dari aras laut.


BUNYI

Burung ini agak suka menyembunyikan diri daripada pandangan manusia namun siulannya agak mudah didengar dan akan mencabar siulan burung lain atau jika manusia cuba mengajuk bunyinya. Jenis kicauan dan siulan burung ini agak pelbagai, kuat, namun jelas ia lunak dan sedap didengar, juga ia sering meniru atau mengajuk kicauan dan siulan burung lain.


PEMBIAKAN

Musim membiak adalah dari bulan Mac hingga September setiap tahun dengan burung betina mampu menghasilkan 4-5 biji telur bagi setiap eraman. Sarang pula dibina di dalam lubang pada pokok atau di dasar rumpun buluh dengan jarak 2 m dari aras tanah.


STATUS:

Akta 76/72, diperlindungi.