Wednesday, June 2, 2010

Perkenalkan...'First'

Ini adalah Murai Batu (MB) yang mula-mula menarik minat saya. Berikut adalah maklumatnya:

1. Nama panggilan : First
2. Tempat asal : Kuala Berang, Terengganu
3. Cara tangkap : Tangkap liar (wild caugth)
4. Makanan kering : 3Coin, Mas 10 dan Sing Song
5. Makanan hidup : Ulat roti, cengkerik, ikan pikok dan cacing tanah
6. Keadaan : Sihat dan aktif
7. Panjang ekor : 8"
8. Umur : Tiada maklumat (berdasarkan keadaan fizikal, dianggarkan 1-2 tahun)


Sekarang masih lagi dilatih supaya jinak dan menyanyi dengan baik. Sebarang perubahan akan di update kemudian.

Burung apakah ini...?


Pada petang Isnin yang lepas (31/5/10) isteri saya telah terjumpa dengan seekor anak burung. Mungkin anak burung tersebut terjatuh dari sarangnya. Kesian anak burung itu diserang oleh sekawan gagak dan anjing yang berkeliaran. Kereta yang lalu lalang juga satu ancaman yang besar pada mereka. Oleh itu, isteri saya telah membawa pulang anak burung tersebut. Tetapi, sehingga kini saya masih belum tahu, apakah nama anak burung yang comel ini....




Burung ini suka makan tembikai. Dia sangat garang...pantang nampak tangan nak patuk je. Nanti bila dah pandai terbang, saya cadang nak lepaskan je burung ni...

Sing Song Brand




















Hari ini (Selasa, 1/6/10) baru beli...nak cuba beri 'Teri' makan. Biasa dia makan jenama 3Coin...mahal sangat, tak tahan!!


Lutino Cockateil yang jinak....

Ini adalah sepasang Cockatiel jenis Lutino. Berumur 5 bulan. Sangat jinak dan aktif.
Burung Cockatiel ini adalah sejenis burung yang mudah panik. Walaupun sangat jinak, tapi dia boleh terbang meninggalkan kita dalam sekelip mata je. Jadi, hati-hati lah bila kita bermain dengannya takut nanti kita akan berputih mata!

Selamat Datang

Selamat datang ke blog Dunia Burung! Tujuan blog ini dicipta hanyalah untuk memberi ruang kepada saya untuk menulis setiap pengalaman yang telah dikutip sepanjang perjalanan hidup ini yang sukakan kepada dunia haiwan...terutamanya kepada burung! Juga dapat memberi sedikit pandangan dan pengajaran kepada peminat-peminat burung sekalian. Oleh itu, setiap pencinta burung yang saya kagumi sekalian, marilah sama-sama kita berkongsi idea dan pengalaman untuk dimanfaatkan bersama. Ilmu daripada tuan-tuan sekalian adalah sangat dialu-alukan! Semoga setiap burung yang kita cintai sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat. Terima kasih!